HOME > News

Article & News

Baju ke Rising Star sudah ada?

Assalamualaikum dan salam satu Choco Albab kepada semua yang dirindui. Rising Star 2024 bakal tiba. Tinggal 3 hari sahaja lagi. Sudahkah anda bersedia? Baju apa nak pakai? Anda geng warna baju apa? 

Pada pagi tadi, Alia sempat berborak dengan para pengedar Choco Albab. Sungguh teruja nya mereka. Ada yang sudah membeli baju tapi rasa belum cukup mengelip untuk Majlis Rising Star dan berpakat hendak menyewa baju lain. 

Wah, baju yang dibeli kita simpan pakai raya ya. 

Sekarang sewa baju di kedai amat berpatutan. Ada yang serendah RM 30 sahaja. Baju nya pun lawa-lawa. Baca sampai habis untuk lihat dimana untuk menyewa baju murah sekitar Klang Valley dan Kuala Lumpur. Jangan risau, sempat lagi untuk mencari baju tau.

Berikut merupakan 5 tempat baju sewa murah di sekitar Klang Valley. 

  1. Baju Sewa Murah Kuala Lumpur (IG @bajusewamurah_giler)
    Location: Selayang/Batu Caves
    Range RM50-RM250
  2.  Sewa Baju Event Murah (IG  @gobokgojes.shahalam)
    Location: Section 9, Shah Alam
    Range RM60 – RM200
    019 272 0864
  3. Sewa Dress Murah Rm30 ❤ (IG @dress_neefcollection)
    Location: Sek 7,Shah Alam
    Range starting from RM30
    018 954 4510
  4.  Baju Sewa Rental Dress Dinner (IG @femmes.glemmer) 
    Location: Kl & Shah Alam
    03 8687 8424
  5. Glitz.fem (IG @glitz.fem)
    Location: Lot 2204, 3, Jalan Khamis, Meru, 41050 Klang, Selangor 
    011 5896 8396

Bila sudah berdandan cantik, pastikan anda gerak awal agar tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau mungkin ‘tersesat’. Sila klik disini untuk lokasi Majlis Rising Star 2024, PGRM, Cheras. https://rb.gy/roowax

Ini adalah beberapa cadangan barangan yang boleh dibawa ke Majlis Rising Star:-

  1. ‘Handphone’ atau Kamera untuk bergambar
  2. ‘Powerbank’ untuk caj bateri ‘handphone’ anda
  3. Ubat-ubatan sekiranya memerlukannya pada waktu cemas
  4. Telekung untuk solat
  5. Makeup untuk ‘touch up’

Semoga anda selamat sampai ke Majlis Rising Star 2024. Jangan malu untuk bertegur dengan Alia dan team media supaya kami boleh merakam momen-momen terindah anda. Jumpa anda di sana! 


Peraturan & Tatacara Majlis

Share this article :
Facebook
Twitter
LinkedIn