Alhamdulillah sebulan puasa, kini kemeriahan Syawal telah dirasai. Lagu DeFam Alamak Raya Lagi telah viral di dalam media sosial sejak dua menjak ini. Apakah anda merasai keadaan panik raya? Atau pun anda telah bersedia lebih awal?
Walau apa pun keadaan yang kita rasai sebelum raya, itu adalah satu pengalaman yang pasti akan kita ingat sampai bila-bila.
Apakah tips untuk tidak panik raya?
- Bersedia awal – kita harus mula menabung raya sebelum puasa lagi agar dapat membeli belah awal.
- Beli baju raya awal atau lewat? – ada berpendapat harga baju raya semakin meningkat dalam bulan ramadhan. Oleh itu, tiada salah kita membeli baju raya beberapa bulan awal sebelum ramadhan. Namun, jika kita mahu up-to-date style, kita boleh beli pada malam raya. Ketika itu, hampir semua kedai-kedai baju akan memberikan diskaun harga yang murah, kadang boleh mencapai 70% harga junam. Menarik kan?
- Sediakan 3-5 jenis biskut raya – alamak raya lagi, biskut raya tak jadi-jadi. Ewah. Kalau bukan lah forte kita untuk membakar biskut raya, elok kita beli sahaja. Cari lah biskut raya yang sedap dan berpatutan. Eh, macam biskut raya series Choco Albab. All-in-one. Semua rasa ada, Dark Chocolate, Red Velvet, Mocha, Belgian Chocolate dan Belgian Vanilla. Sedap, rangup dan ekslusif. Rasa macam home-made biskut. Pasti tetamu kagum.
- Servis kereta seawal mungkin – pastikan kereta dalam keadaan tip top sebulan sebelum raya atau puasa. Kenapa awal sangat? Ye lah, bajet untuk servis kereta bukan murah. Baik kita servis awal jadi tak kalut. Untuk raya nanti, banyak lagi bajet diperlukan. Cek tayar, cek mintak hitam, cek break dan cek semua lah. Keselamatan harus didahulukan.
- Buat list nama untuk duit raya – sediakan bajet duit raya untuk diberikan kepada sanak saudara dan taulan. Jangan ikut trend, ikut kemampuan anda sendiri.
- Sediakan hadiah dan buah tangan untuk orang-orang tua dan saudara mara di kampung – belikan buah ke, hamper raya ke untuk diberikan semasa sesi ziarah raya. Boleh juga berikan sedikit duit raya kepada mereka. Boleh dapatkan Hamper Raya Choco Albab di sini.
Jadi adakah anda akan panik raya lagi?
Semoga artikel harini membawa manfaat kepada anda semua.
Salam Sayang, Salam Aidilfitri,
Choco Albab Family
Saudagaar Asia Crew